Friday, February 8, 2013

Terima Keputusan PRU13 Dengan Seadanya. PR & BN?

Terima keputusan PRU13, Najib nasihat pembangkang

RUZY ADILA IDRIS
8 Februari 2013

clip_image001[8]
Najib bersama Muhyiddin meneliti fail mesyuarat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Gelombang Arab Spring tidak akan berlaku di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menerima apa sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PR tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang huru-hara kerana negara ini mempunyai undang-undang."Semua pihak mesti menghormati undang-undang dan sekiranya ada yang  tidak menghormati undang-undang bererti mereka mahu mewujudkan satu keadaan yang akan memberi kesan buruk kepada negara kita. "Perjalanan demokrasi juga menuntut kepada undang-undang negara," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas entri terbaru itu ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri terbaru dalam blog beliau bertajuk 'Janji Anwar' di www.chedet.cc. Dalam entri tersebut, Dr Mahathir menggesa Barisan Nasional (BN) mengambil serius gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan demonstrasi ala "Arab Spring" di Malaysia berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri. Dr Mahathir berkata, Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang - sepertimana dilakukannya pada demonstrasi 'Bersih' - bagi menjatuhkan kerajaan sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata, keputusan PRU13 yang akan datang perlu diterima baik oleh PR tanpa mendatangkan sebarang huru-hara. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, PRU13 akan mengikut landasan yang benar dan PR harus menghormati dan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat rakyat. "PR tidak boleh mencari apa sahaja alasan jika tidak menang dalam PRU13 ini dengan membuat huru-hara di negara ini. "Kita yakin dengan kemampuan yang ditunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), begitu juga PR. "Menghormati keputusan rakyat adalah satu daripada prinsip yang penting dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan," tegas beliau lagi. Beliau menambah,sekiranya PR percaya terhadap amalan demokrasi, PR tidak boleh menolak sesuatu yang diputuskan rakyat.

*** Diharap saranan ini juga terpakai kepada BN, jangan sesekali cuba menimbulkan kekacuan clip_image001[10]seandainya gagal mencapai kemenangan dalam PRU13 nanti. Memang pembangkang dilihat berjaya mengumpul ratusan ribu orang awam untuk berhimpun dan ada antaranya menimbulkan kekacauan tapi kalau dilihat kebanyakan kekacuan itu di mulakan akibat provokasi melampau di pihak-pihak yang tidak berkaitan.

Juga pihak kerajaan jangan lupa dengan beberapa insiden keganasan yang seaakan-akan di taja oleh BN tanpa tanpa campurtangan dari pihak polis seperti gangguan keatas ceramah pembangkang dan juga tekanan kepada kakitangan kerajaan yang menyokong pembangkang.

image Terbaru klip You Tube tentang mesyuarat yang merancang untuk membuat kacau  pada ceramah Saudara Mazlan Aliman di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor ( PANAS!! Video Mesyuarat bagi ganggu ceramah Mazlan Aliman tersebar!!). Sudah terang lagi bersuluh, apa tindakan kerajaan selanjutnya. Kita nantikan.

Walau parti manapun yang memenangi PRU13 nanti yang pentingnya rakyat inginkan sesuatu yang akan memberi manfaat kepada mereka untuk lima tahun akan datang… Mapley..Teh Tarik Satuuuu….***

No comments:

Post a Comment