Friday, February 8, 2013

Tercapaikah Target K.Rajagopal

Apa lagi la yang Ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya nak cakap??? “Rajagobal berkata beliau tetap bangga dengan corak permainan dan komitmen yang dipamerkan skuad Harimau Malaya biarpun tumpas 0-2 kepada Qatar” – Bagus walau kalah tetap bangga, agak2 dapat ke mencapai target beliau yang berjanji untuk layak ke Australia 2015 secara merit???.

image Kata Prof Khoo Kay Kim, “Rajagobal sepatutnya malu dengan diri sendiri, bukannya membanggakan skuad kebangsaan. Tiada apa yang perlu dibanggakan dengan skuad kebangsaan. Saya melihat sendiri perlawanan tempoh hari. Adakah corak permainan yang lemah perlu dibanggakan Rajagobal, saya sendiri tidak faham, Apa yang saya boleh cakap, Harimau Malaya masih belum mampu untuk bersaing di pentas Asia. Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia lain, khususnya daripada segi taktikal, kepantasan serta fokus ketika mengharungi perlawanan.image

Namun begitu ada juga yang memberi sokongan moral kepada beliau, kata B.Sathiananthan bekas  Jurulatih Harimau Malaya berkata, "Jika dilihat pada aspek bertahan, saya rasa secara keseluruhan mereka bermain dengan baik, malahan saya sendiri tidak duga mereka mampu mengikat Qatar dengan keputusan seri tanpa jaringan pada babak pertama. Skuad yang beraksi menentang Qatar saya anggap lebih baik jika hendak dibandingkan dengan pasukan di kempen Piala Suzuki AFF lalu. Mereka nampak lebih tersusun dalam permainan dan berdisiplin pada setiap posisi."

 

 

*** Bagi yang menyaksikan perlawanan itu pastinya punya pendapat sendiri, kalau nak dibandingkan pun memang takde guna kalau Ketua jurulatih sendiri merasakan pasukannya telah melakukan yang terbaik.
Soalnya sampai bila peminat harus didendangkan dengan alasan yang sama, “Bagi mereka peluang, Ranking kita tak sebaik pasukan lawan, Tubuh mereka lebih sasa.”
Bukankah pemain kita adalah pemain bola lebih masa yang di bayar gaji dan bekerja untuk bermain bola. Bukankah komitmen mereka hanya kepada Bolasepak? Kalau anda menjadi pekerja di mana-mana sektor pekerjaan kalau anda gagal perform pasti akan di kenakan tindakan @ dibuang, tapi …
Bukan hanya sokong ketika menang, tapi kalau kalah tak melawan juga apa gunanya. Nampak sangat kita perlukan jurulatih baru dengan idea yang lebih segar dan matlamat yang lebih jelas… Mapley, teh tarik satuuuuuu…. ***

No comments:

Post a Comment