Muhyiddin yakin BN boleh menang besar di Perlis
Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata keyakinan itu berdasarkan taklimat persiapan pilihan raya yang disampaikan BN Perlis kepadanya hari ini bahawa terdapat petanda sokongan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan. "Saya yakin semua kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (di Perlis) boleh menang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan rakyat IMalaysia di Dewan Seri Melati, Beseri dekat sini hari ini.Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang juga Pengerusi BN Perlis. Pada pilihan raya umum 2008, Perlis memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen dan 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Dua kerusi yang hilang ke tangan pembangkang ialah kawasan DUN Sanglang dan Simpang Empat. Muhyiddin yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Perlis berkata, sebagaimana keyakinan dan kepercayaan rakyat yang meningkat terhadap kerajaan BN di peringkat nasional, perkara yang sama juga berlaku di Perlis. Muhyiddin berkata, keyakinan BN untuk memenangi kesemua kerusi juga berdasarkan rakyat mula menilai sejauh mana sumbangan pihak pembangkang kepada mereka termasuk janji-janji yang telah ditabur. "Mungkin pembangkang tak beri apa-apa khidmat yang baik. Mereka tak ada kemampuan sebab hanya ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) biasa," katanya. Beliau berkata, BN menyediakan peruntukan kepada wakil-wakil rakyatnya untuk digunakan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan sudah pasti rakyat juga menilai balik segala bantuan ikhlas yang telah diterima. "Pembangkang (penyokong) juga dapat bantuan yang BN bagi. (Ini kerana) Kerajaan adil dan tak bezakan rakyat," katanya. Selain itu, sikap parti pembangkang yang bergaduh sesama sendiri dan gagal menunaikan janji menjadikan parti-parti di bawah pakatan pembangkang menjadi rapuh dan goyah dan pada masa yang sama rakyat juga sedang menilai parti mana yang lebih baik. Mengenai tahap persiapan pilihan raya BN Perlis, Muhyiddin berkata, masih ada ruang yang perlu diberi tumpuan kerana saiz Perlis yang kecil namun sokongan rakyat terhadap BN ternyata meningkat. - Bernama | 'Lihat masalah Umno-BN Perlis sebelum cakap menang besar' PAS Perlis menyindir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya cermin diri terlebih dahulu dengan melihat pergolakan dalaman Umno-BN di negeri itu terlebih dahulu yang didakwa "tidak berkesudahan" sebelum meramal BN mampu menang besar pada pilihan raya umum akan datang . Sehubungan itu, Mohd Anuar menganggap kenyataan Muhyiddin itu sebagai terdesak dan semata-mata untuk membangkitkan semangat penyokong demi meraih sebanyak mungkin simpati kepada parti itu. Menurut Mohd Anuar lagi, rakyat Perlis melihat kemampuan pentadbiran yang berjaya mengekang rasuah dan pembaziran serta kecekapan mengurus tadbir ekonomi, maka mereka pun mahu perubahan di negeri ini. |
*** Kalau dilihat prestasi pada 2008 memang tak salah TPM kita beranggapan begitu, tapi adakah situasi ketika ini menyebelahi beliau? Nampaknya kehadiran begitu banyak pengundi muda untuk PRU13 nanti akan menjadi penentu. Pengundi muda yang rata-ratanya dilihat lebih peka kepada isu semasa akan menilai apa yang terbaik untuk mereka. Jadi, tunggu sahaja selepas PRU13 nanti segalanya akan terjawab. ***
No comments:
Post a Comment