Monday, March 18, 2013

PR & BN: Dosa Kepada Rakyat

Kenyataan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak tentang dosa pembangkang tak perlu nak di ulaskan lagi kerana berbagai pihak dah pun memperkatakannya. Hampir semua akhbar menyiarkan isu itu termasuk komen-komen yang Pro Kerajaan. Tapi dari kesemua dosa-dosa yang ”didakwa” dilakukan pembangkang itu, adakah semuanya memang betul-betul di lakukan oleh PR (PAS,PKR,DAP)?

   image

Adakah BN, sebuah kerajaan yang telah menjangkau usia lebih 50 tahun sebuah parti yang “maksum” dan tidak melakukan dosa??? Berikut antara dosa-dosa yang dilakukan oleh BN, baca dan bandingkan siapa yang terbaik…

Dosa Pertama:Kalimah Allah

Dosa Kedua : TANAH RIZAB MELAYU


Dosa Ketiga : IC PERCUMA KEPADA WARGA ASING



Dosa Keempat : DEB GAGAL



Dosa Kelima : ISLAM DI HINA



Dosa Keenam : PEMIMPIN RASUAH




Dosa Ketujuh : HINA RAJA-RAJA



Harimau Di Lanyak Arab Saudi

Rajagopal cakap kekalahan kepada Arab Saudi semalam “beliau terima dengan hati yang terbuka”. Tapi mana lebih penting hati beliau ke? atau hati peminat yang sentiasa mengharapkan persembahan yang terbaik dari Skuad Harimau Malaya. Rata-rata penyokong tak berpuas hati dengan persembahan Harimau Malaya terutama pada separuh masa pertama. Apa taktik yang digunakan oleh beliau untuk mengekang kemaraan Arab Saudi? Adakah beliau masih terus ber’eksperimentasi”?

Sampai bila terus bagi jawapan yang statik setiap kali kalah? “Kita kena terima kekalahan ini, ada masa kita main bagus dan ada masa kita main kurang baik”, "Bagi saya kekalahan ini satu perkara yang bagus, dan kita kena terima hakikat bahawa ini adalah tahap yang dimiliki oleh pasukan kita.” Semua orang tahu tahap pasukan Arab Saudi, tapi adakah kita mengharapkan persembahan longlai dan terus menganggap akan ada peningkatan dalam perlawanan yang seterusnya?

Secara peribadi aku rasa Raja dah gagal atau dalam perkataan lain dah tak releven untuk menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya, beliau nampak semakin kering idea dan aku yakin KPI yang ditetapkan oleh FAM juga gagal untuk beliau capai.

 

image

Friday, March 15, 2013

GEMPAK, Dedah Fitnah

Setelah bertahun-tahun tahun rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita tentang “KEBURUKAN” pembangkang, samada di akhbar harian (Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Harian Metro, New Straits Times, The Star) mahupun di TV (TV3, RTM1, RTM2, TV9, NTV7, TV8) nampaknya itu tak cukup meyakinkan rakyat. Itu belum lagi dikira semasa ucapan pemimpin-pemimpin kerajaan yang turun padang bertemu rakyat, semuanya akan bercerita tentang jahatnya semua pemimpin PR.

Mungkin kerana agak kurang berkesan atau mungkin kerana PRU13 semakin kunjung tiba Pemuda UMNO melancarkan satu lagi kempen terbaru yang di panggil “GEMPAK” untuk meneruskan lagi kesinambungan “MEMBURUKKAN” Pimpinan PR supaya semua rakyat sedar bahawa hanya BN mampu memakmurkan negara, hanya BN mampu membahagiakan rakyat, hanya BN mampu mencorakkan generasi yang gemilang, hanya BN yang mampu memartabatkan agama, bangsa dan negara.

image

Agaknya fitnah apa yang ingin didedahkan oleh mereka??? Kita tunggu…

Friday, March 8, 2013

Saiful Bukhari Di Pergunakan

Dilihat sebagai perkembangan terbaru yang akan memanaskan lagi politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, hari ini mendakwa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak  bertanggungjawab - mendalangi kes liwat kedua melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

 

image

Apa yang beliau katakan dalam kenyataannya yang di siarkan oleh Malaysiakini:

image

Bagaimana pula dengan kenyataan beliau suatu ketika dulu yang mana beliau menyokong anak beliau Saiful Bukhari ini…

image

Kita tunggu apa yang akan terjadi selepas ini pula. Adakah ini petanda BN akan kalah pada PRU 13, atau pun akan ada kenyataan kedua dari beliau (seperti mana yang telah berlaku pada PI Bala satu ketika dulu.  Ramai juga yang tak sabar nak menunggu respon dari PM kita dan barisan kepimpinan BN termasuk Mantan PM Tun Dr.Mahathir tentang pendedahan terbaru ini.

Akan ada persoalan, adakah En.Azlan ini telah dibayar oleh pembangkang untuk memburukkan PM kita. Ataupun adakah beliau kecewa kerana permohonan beliau untuk BR1M telah di tolak???… Hahahaha, kita tunggu respon selanjutnya dari pihak BN…Sementara itu.. Mapley…Teh Tarik Satu…

Friday, March 1, 2013

Kad Pengenalan Express

 

Nampaknya cerita warganegara masih belum berakhir, RCI di sabah tak selesai lagi tapi di semenanjung juga ada yang dapat IC express. Itu kes yang dapat di kesan, yang tak dapat di kesan sapa yang tahu…

imageTakkan kita nak tanya setiap warga asing yang berkerja di sini untuk tahu sama ada diaorang juga dapat IC segera macam yang didedahkan ini.

Nampaknya mungkin dakwaan sesetangah pihak tentang “Projek IC” benar-benar berlaku, atau ada segelintir warga Malaysia yang tidak bertanggung jawab menjalankan perniagaan dengan menipu untuk mendapatkan duit mudah.image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kali ini pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan. Siapa sahaja yang terlibat dalam perkara ini harus di kenakan tindakan yang keras. Pemberian IC yang semudah ini akan menjadikan negara kita seakan-akan kembali di jajah.

Harapnya siapa sahaja kerajaan harus melihat situasi ini dengan lebih terpeinci, jangan kerana nak memang pilihanraya warga asing terus dapat kerakyatan percuma…

Tuesday, February 26, 2013

Kerana Politik, Keluarga Di Ugut Bunuh

image

- Inilah yang jadi bila dah terlampau “TAKSUB”. Mungkin dah gila sangat kot. Bukankah menyokong mana-mana parti itu hak individu, yang sampai ugut bunuh wat pe la.

- Aku tak paham la kenapa hal macam ni boleh berlaku dalam masyarakat kita. Politik punya pasal sampai bercerai-berai, politik punya pasal sampai ugut-mengugut, bunuh-membunuh.

-Agak-agak penyokong parti politik yang mana???

Sunday, February 24, 2013

BR1M Untuk Belanja Rumah Setahun

Gambar diatas adalah Perdana Menteri Malaysia, beliau telah memberitahu ke serata Malaysia dan mungkin ke serata dunia betapa baik dan hebatnya kerajaan yang beliau pimpin.

image

image

Maknanya dengan RM46.60 aku genapkan lagi jadi RM50, boleh menampung perbelanjaan dapur selama sebulan… Errmmm, rasanya…

image

Secara kiraan mudah, itulah hasil yang aku dapat dari kira-kira mudah yang aku belajar masa sekolah rendah dulu. Maknanya ada lebih dalam RM5.00. Boleh la beli yang lain-lain, seperti menurut PM kesayangan 1 Malaysia ini…

Agak-agak berapa kilo ikan kita boleh beli dengan RM5.00??? Sayur, roti, susu, rempah ratus, garam…

Errmmm, timbang-timbangkan. Sebab kalau BN menang lagi pilihanraya akan datang (PRU13), maka jumlah BR1M akan meningkat naik jadi RM1,000, maknanya belanja penerima BR1M akan meningkat sekali ganda. Tapii.. bak kata TPM subsidi gula kena kurangkan, sapa yang untung dan siapa yang rugi… Mapley… Teh tarik…