Tuesday, February 12, 2013

BR1M Bukan Gula-Gula PRU13

BR1M bukan suapan PRU13

Wartawan Sinar Harian
13 Februari 2013

clip_image001

PEKAN – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 tidak harus dianggap sebagai wang suapan kepada rakyat menjelang pilihan raya umum.

Penerima BR1M 2.0, Mohd Khalil Ishak, 46, berkata, masyarakat harus bersyukur dan menghargai bantuan itu serta menganggapnya sebagai hadiah daripada kerajaan.

"Sebagai rakyat yang menerima bantuan ini, tidak seharusnya ia dijadikan isu politik sebalik ia adalah tanda keprihatinan perdana menteri yang juga ahli parlimen di sini, terhadap rakyat yang memerlukan bantuan.

"Ia usaha untuk membantu rakyat dan seharusnya kita memberikan sokongan memandangkan BR1M ini membawa kebaikan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian BR1M 2.0 di Seri Damai.

Pada majlis yang disempurnakan Adun Pulau Manis, Khairudin Mahmud itu lebih 1,000 penduduk menerima BR1M 2.0 berjumlah RM500.

Sementara itu, seorang lagi penerima, Abdul Wahid Hussain, 39, berkata, kesusahan rakyat adalah amanah perlu digalas oleh kerajaan yang prihatin.

"BR1M ini antara tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat dan kepekaan terhadap golongan berpendapatan rendah perlu terus diberikan perhatian menerusi penyaluran bantuan.

"Tanggungjawab yang digalas sebaik mungkin akan dapat membantu rakyat berpendapatan rendah menjalani kehidupan yang lebih baik dan sempurna," katanya.

Dalam pada itu, katanya, penyerahan BR1M 2,0  amat dihargai memandangkan ia dapat membantu golongan berpendapatan rendah menjalani kehidupan lebih baik.

- Bukan tak setuju jauh lagi nak membangkang, tapi kalau betul lah pemberian BR1M ini bukan suapan PRU13 kenapa perlu ada ucapan yang berbaur politik apabila pemberiannya di laksanakan? Apa salahnya pemberian BR1M ini dilakukan seperti mana zaman Pak lah sebagai PM dulu, hidupkan Roadtax pastu dapat borang untuk tebus duit kat Pejabat Pos. Takde ucapan-ucapan yang menyakitkan telinga, yang mana saya yakin YB pun dah malas nak cakap.

- Pihak kerajaan dah ada berbagai-bagai saluran untuk memancing undi rakyat, Radio, TV, akhbar dsbnya jadi apa lagi nak di canangkan pada rakyat? Rakyat dah tahu semua itu, asyik-asyik cerita yang mengisahkan Negara mundur kalau bukan BN yang perintah, Kuasa melayu akan hilang di Malaysia, Anwar Ibrahim rosak akhlak, PAS barua DAP. Sampai bila? Kalau diakhbar kita dah baca benda sama, bila nak dapat duit pun kita dengar perkara yang sama.

- Bukan nak mengata, tapi kerana dah banyak yang dibaca di akhbar betapa pemberian BR1M banyak membantu meringankan beban orang yang berpendapan rendah. Soalnya adakah dengan RM500 berapa lama ianya akan membantu meringankan bebanan itu? 1 Hari, 1 Minggu, 1 bulan, 1 Tahun?

- Kalau saya RM 500 mampu menampung perbelanjaan dapur untuk 1 1/2 Bulan. Ingat, hanya belanja dapur. Perbelanjaan lain, Kereta, Rumah, Bil-Bil, dan lain-lain seperti minyak kereta tidak termasuk. Kalau nak dimasukkan sekali alamatnya memang tak cukup.

- Rasanya dah tiba masa untuk kerajaan fikirkan untuk kurangkan perbelanjaan lain, bukannya bayaran one-off tapi mungkin pengurangan cukai untuk kenderaan, rumah dan bil yang lebih rendah. Rasanya itu mampu membuat pemberian kerajaan akan lebih lama mampu digunakan daripada hanya mampu bertahan setakat 2 Bulan sahaja.

- Soalnya adakah Kerajaan ingin lakukan? Mapley… Teh Tarik satu…

No comments:

Post a Comment