Friday, March 1, 2013

Kad Pengenalan Express

 

Nampaknya cerita warganegara masih belum berakhir, RCI di sabah tak selesai lagi tapi di semenanjung juga ada yang dapat IC express. Itu kes yang dapat di kesan, yang tak dapat di kesan sapa yang tahu…

imageTakkan kita nak tanya setiap warga asing yang berkerja di sini untuk tahu sama ada diaorang juga dapat IC segera macam yang didedahkan ini.

Nampaknya mungkin dakwaan sesetangah pihak tentang “Projek IC” benar-benar berlaku, atau ada segelintir warga Malaysia yang tidak bertanggung jawab menjalankan perniagaan dengan menipu untuk mendapatkan duit mudah.image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kali ini pihak berkuasa perlu memainkan peranan yang lebih berkesan. Siapa sahaja yang terlibat dalam perkara ini harus di kenakan tindakan yang keras. Pemberian IC yang semudah ini akan menjadikan negara kita seakan-akan kembali di jajah.

Harapnya siapa sahaja kerajaan harus melihat situasi ini dengan lebih terpeinci, jangan kerana nak memang pilihanraya warga asing terus dapat kerakyatan percuma…

No comments:

Post a Comment