Friday, March 15, 2013

GEMPAK, Dedah Fitnah

Setelah bertahun-tahun tahun rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita tentang “KEBURUKAN” pembangkang, samada di akhbar harian (Berita Harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Harian Metro, New Straits Times, The Star) mahupun di TV (TV3, RTM1, RTM2, TV9, NTV7, TV8) nampaknya itu tak cukup meyakinkan rakyat. Itu belum lagi dikira semasa ucapan pemimpin-pemimpin kerajaan yang turun padang bertemu rakyat, semuanya akan bercerita tentang jahatnya semua pemimpin PR.

Mungkin kerana agak kurang berkesan atau mungkin kerana PRU13 semakin kunjung tiba Pemuda UMNO melancarkan satu lagi kempen terbaru yang di panggil “GEMPAK” untuk meneruskan lagi kesinambungan “MEMBURUKKAN” Pimpinan PR supaya semua rakyat sedar bahawa hanya BN mampu memakmurkan negara, hanya BN mampu membahagiakan rakyat, hanya BN mampu mencorakkan generasi yang gemilang, hanya BN yang mampu memartabatkan agama, bangsa dan negara.

image

Agaknya fitnah apa yang ingin didedahkan oleh mereka??? Kita tunggu…

No comments:

Post a Comment