Monday, March 18, 2013

Harimau Di Lanyak Arab Saudi

Rajagopal cakap kekalahan kepada Arab Saudi semalam “beliau terima dengan hati yang terbuka”. Tapi mana lebih penting hati beliau ke? atau hati peminat yang sentiasa mengharapkan persembahan yang terbaik dari Skuad Harimau Malaya. Rata-rata penyokong tak berpuas hati dengan persembahan Harimau Malaya terutama pada separuh masa pertama. Apa taktik yang digunakan oleh beliau untuk mengekang kemaraan Arab Saudi? Adakah beliau masih terus ber’eksperimentasi”?

Sampai bila terus bagi jawapan yang statik setiap kali kalah? “Kita kena terima kekalahan ini, ada masa kita main bagus dan ada masa kita main kurang baik”, "Bagi saya kekalahan ini satu perkara yang bagus, dan kita kena terima hakikat bahawa ini adalah tahap yang dimiliki oleh pasukan kita.” Semua orang tahu tahap pasukan Arab Saudi, tapi adakah kita mengharapkan persembahan longlai dan terus menganggap akan ada peningkatan dalam perlawanan yang seterusnya?

Secara peribadi aku rasa Raja dah gagal atau dalam perkataan lain dah tak releven untuk menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya, beliau nampak semakin kering idea dan aku yakin KPI yang ditetapkan oleh FAM juga gagal untuk beliau capai.

 

image

No comments:

Post a Comment