- Runtuhan di Stadium Sultan Mizan memang agak mengejutkan negara kita. Selepas pernah runtuh sebelum ini, ianya berlaku lagi. Agaknya ada hantu kat stadium tu kot pasal tu la dia runtuh..
- Menurut kata Menteri Besar Terengganu lagi, “Beliau tidak mahu mengaitkan kejadian tersebut dengan unsur negatif seumpama itu ataupun ada dalang yang menyebabkan runtuhan itu berlaku sehingga mencederakan tiga pekerja binaan.“Saya tak mahu kata begitu (sabotaj) kerana saya tak mahu fitnah atau tuduh-menuduh. Saya anggap kejadian ini (runtuhan struktur bumbung) adalah kelemahan kontraktor. “Semasa kita kita bincang pun, ia mesti ada sekurang-kurangnya empat kren besar untuk sokong struktur bumbung berkenaan, tetapi mereka guna satu kren sahaja. Stadium ini dalam proses pembaikan dan bagi saya struktur itu runtuh disebabkan kecuaian kontraktor,” katanya.
- Jadi jangan pula nanti ditambahkan peruntukan kepada kontraktor, nanti cakap kesian dia (KONTRAKTOR) terpaksa tanggung rugi. Ingat ianya adalah kesilapan kontraktor sendiri kerana gagal mengikut piawaian yang selamat ketika melakukan kerja-kerja struktur binaan..
No comments:
Post a Comment